top of page
Search
  • Writer's pictureDinah Design

Lamina manakah pilihan anda?

Lamina adalah salah satu bahan hiasan yang paling popular digunakan untuk permukaan kabinet, perabot, dinding, siling, fasad luaran dan sebagainya. Ketebalan lamina ini antara 0.6 milimeter hingga 1.5 milimeter, dan boleh didapati dalam bentuk kepingan dengan ukuran standard 8x4 kaki.


what-is-your-favorite-laminate
Photos taken at Lamitak showroom

Tahukah anda lamina mempunyai pelbagai jenis & pilihan seperti dibawah?


1. Lamina matte


Salah satu kemasan lamina yang paling disukai ramai dan selalu digunakan untuk dapur dan kerja pertukangan lain adalah lamina 'matte'. Laminasi ini mempunyai permukaan reflektif yang sederhana, dan ketahanan yang baik terhadap calar dan habuk, dan menjadikan laminasi kemasan matte ini mudah dibersihkan dan dirawat.



2. Lamina bertekstur


Laminasi bertekstur ini pula merupai permukaan bahan semula jadi seperti kulit nappa, sutera, suede, kemasan batu dan sebagainya. Kemasan bertekstur ini sesuai digunakan untuk semua ruang.


Walau bagaimanapun, elakkan menggunakan lamina ini di kawasan yang cenderung menangkap banyak kotoran dan minyak, seperti di ruang dapur basah. Selalunya, jika saya mereka ruang dapur menggunakan lamina bertekstur ini saya akan meletakkan di bahagian unit dinding atau ruang kering.



3. Lamina berkilat


Laminasi berkilat mempunyai kilauan seperti cermin dan permukaan yang reflektif dan dapat menambahkan kecerahan ke ruang tersebut.

Laminasi berkilat memberikan penampilan premium dan boleh didapati dalam pelbagai warna. Satu kelemahan mengenai jenis lamina ini ialah permukaannya cenderung menunjukkan kesan noda dan cap jari dengan mudah.



4. Lamina kemasan logam


Cantikkan rumah anda dengan penampilan moden yang kemas dengan laminasi kemasan logam. Tampilan logam dapat memberi elemen futuristik dan kemegahan, seperti yang anda lihat di gambar bawah.

Laminasi logam boleh didapati dalam warna yang terhad seperti perak, tembaga dan emas.



5. Lamina kemasan PVC


Laminasi kemasan PVC tahan kelembapan, yang menjadikannya sangat sesuai untuk kabinet dapur basah dan kabinet bilik mandi.

Laminasi kemasan PVC sangat tahan lama dan kalis air. Ia mudah dijaga tetapi memberikan rupa yang plastik.



6. Lamina akrilik


Laminasi kemasan akrilik adalah kaedah terbaik untuk menimbulkan penampilan moden dan canggih. Keupayaan mereka untuk memantulkan cahaya dapat menambah kecerahan di ruang anda.

Laminat ini mudah dijaga, tahan kelembapan dan tahan pudar disebabkan oleh sinar UV.


7. Lamina luaran


Laminasi luaran adalah untuk fasad bangunan, pagar balkoni, pintu masuk bangunan dan pergola. Dalam contoh dibawah, lihat bagaimana laminasi luaran yang kelihatan kayu digunakan di bahagian luar dan merupakan alternatif yang baik untuk kayu sebenar.

Laminasi luaran juga mempunyai ciri-ciri ketahanan yang tinggi terutama kepada cuaca luar. Selain itu, untuk brand yang terpilih ia juga tahan calar dan tahan api.




30 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page